Tarikh :23 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :Seorang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli menggunakan komputer dengan mahir.

Aktiviti

Peserta di ajar membuat kad hari jadi dengan menggunakan aplikasi postermywall. Pada awalnya peserta di ajar membuat carian di google bagi mndapatkan bahan-bahan untuk membuat kad hari jadi. Kemudian, peserta diberi tunjuk ajar cara mengedit kad berkenaan.

Gambar Disini

Tarikh :16 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :10 Orang Pengurus PEDi

Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan membuat perlantikkan ketua kluster dan juga penolong ketua kluster untuk sesi yang baru. Mesyuarat juga diadakan untuk membincangkan perjalanan program kluster untuk masa akan datang.

Aktiviti

Setelah pemilihan ketua dan penolong kluster diadakan mesyuarat juga membincangkan tentang pembahagian tugas antara pengurus dan penolong pengurus untuk sesi Taklimat Klik Dengan Bijak serta pembukaan booth yang bakal di jalankan kelak.

Gambar Disini

Tarikh :02 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :5 Orang peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli untuk mahir menggunakan komputer di sambil membuat latih tubi sifir matematik.

Aktiviti

Peserta di ajar membuat carian education games secara atas talian. Setelah itu, mereka perlu membuat pengiraan sifir untuk menjawab soalan yang dipaparkan di dalam games berkenaan.

Gambar Disini

Tarikh :04 Disember 2022 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :2 Orang peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar peserta yang terdiri daripada ahli PEDi untuk membuat resume bagi memohon pekerjaan.

Aktiviti

Peserta di ajar menghasilkan resume dengan menggunakan aplikasi canva. Resume itu akan digunakan untuk memohon pekerjaan.

Gambar Disini

Tarikh :17 November 2022 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :Seorang peserta

Tujuan

Pendaftaran faraid dibuat secara atas talian untuk urusan pembahagian harta pusaka.

Aktiviti

Pendaftaran faraid atau pembahagian harta pusaka di lakukan melalui laman wb jkpg.gov.my. Kesemua data waris dan harta di bawah nama si mati akan diisi keseluruhan di dalam sistem tersebut.

Gambar Disini