KUIH KARAS
Nama Usahawan : Zalikho Bt Md. Rejab
Alamat : Kg Musa Mukim Pedu
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
No. Tel : 0111-4699116
Harga : RM 30 (100biji)
MADU LEBAH ORI
Nama Usahawan : Mohd Firdaus Bin Azmi
Alamat : 10A Kg Musa, Mukim Pedu
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
No. Tel : 010-8054085
Harga : RM 25.00
MADU KELULUT PEDU BEST
Nama Usahawan : Mohd Firdaus Bin Azmi
Alamat : 10A Kg Musa, Mukim Pedu
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
No. Tel : 010-8054085
Harga : RM 35.00
Ramai dalam kalangan penduduk kampung di Daerah Padang Terap memilih untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Kebanyakan penduduknya memilih menjalankan aktiviti keusahawanan seperti penghasilan produk makanan, kraftangan dan lain - lain. Antaranya:
1.Ternakan Ikan
Ternakan ikan yang telah dijalankan di kawasan ini adalah seperti ternakan ikan keli, ikan talapia, ikan puyu, dan ikan sepat benua. Terdapat dua orang individu yang telah menjalankan projek ini dengan jayanya iaitu Encik Awang Bin Ahmad dan Encik Lateh Bin Majid. Encik Awang Bin Ahmad mempunyai 200 ekor ikan keli, 100 ekor ikan tilapia, 100 ekor ikan puyu dan 100 ekor ikan sepat benua. Manakala Encik Lateh Bin Ahmad pula mempunyai 1000 ekor ikan keli, 500 ekor ikan talapia, dan 500 ekor ikan puyu.
2. Tanaman Kontan
Tanaman kontan yang diusahakan merangkumi tanaman pisang, nenas, serai, jagung dan ubi keledek. Projek ini mempnuyai kuantiti 600 pokok pisang, 200 pokok nenas, 100 rumpun serai, 3 relong tanaman jagung dan 2 relong tanaman ubi keledek.
3. Industri
Di kawasan Pedu ini terdapat sebuah kilang beras yang terkenal iaitu Kilang Beras Mohd Rejab Sdn. Bhd. Kilang ini telah di wujudkan sejak turun-temurun dahulu lagi. Sekarang kilang ini di usahakan oleh anak kepada arwah Haji Rejab iaitu Encik Zamri Bin Rejab. Kilang ini mampu menghasilkan beras yang berjenama “Beras Suria”, “Beras Rama-Rama”, “Beras MR” dan “Beras Waja”.
Kilang ini dibangunkan demi memenuhi permintaan beras yang semakin hari semakin meningkat. Dengan adanya kilang beras ini juga secara idak langsung ianya mampu membuka peluang pekerjaaan kepada anak tempatan di samping dapat memajukan ekonomi penduduk pendalaman.