Nama : Muhd Hasif Bin Rizuwan
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Muhd Hasif merupakan seorang pelajar sekolah Tingkatan 5 di SMK Pedu. Dia seorang yang berdikari dan sentiasa melakukan segala tugasannya bersendiri tanpa mengharapkan ibubapanya. Dia juga merupakan pelajar pandai di dalam kelasnya dan sentiasa berdedikasi dalam pembelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum mengenali PEDi dia tidak mahir menggunakan komputer dan tiada ilmu tentangbidangICT.Dia juga tidak mengenali komponen yang terdapat dalam sesebuah komputer sehinggalah dia mengikuti program dan kelas yang telah di jalankan di PEDi.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi
Muhd Hasif mula mendaftar menjadi ahli PEDi pada tahun 2018 iaitu ketika Hari Bersama Komuniti yang diadakan di PEDi. Setelah itu, dia kerap hadir ke PEDi untuk menggunakan komputer seperti melakukan kerja sekolahnya. Dia juga menggunakan PEDi untuk mengemaskini makluman APDM dirinya kerana di rumahnya mengalami kesukaran internet yang capaianya kurang memuaskan. Selain itu, sejak memasuki Tingkatan 4 dan 5 Muhd Hasif akan menggunakan PEDi sepenuhnya dalam membuat urusan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh guru sekolahnya kerana di sini memudahkan dirinya untuk terus mencetak serta membinding hasil kerja kursusnya tanpa perlu ke kedai buku lagi. Malahan, keadaaan di PEDi memberi keselesaan kepada dirinya dan rakan-rakan untuk membuat ulangkaji tanpa gangguan bising dan lain-lain.
Nama : Norsyazwani Bin Zukeri
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2021
|
Latar Belakang
Norsyazwani merupakan seorang suri rumah tangga yang tidak bekerja. Tetapi dia rajin mengikuti kelas keushawanan dan kelas kemahiran seperti memasak, menjahit dan gubahan barangan hiasan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum mengenali PEDi dia tidak mahir menggunakan komputer dan tiada ilmu tentang bidang ICT. Malahan, dia juga tidak mempunyai kemahiran dalam keusahawan iaitu membuat jualan dalam talian.
Selepas PenggunaanICT/Penglibatan PEDi
Kini, Norsyazwani semakin aktif berniaga dalam talian. Antara platform yang digunakan ialah facebook dan whatsapps status business. Norsyazwani mempelajari kursus membuat iklan produk menggunakan canva. Dia juga mengikuti kelas memasak iaitu membuat brownies yang kini menjana pendapatannya sebagai suri rumah. Dia begitu aktif meniaga secara atas talian. Selain itu, dia kini telah tahu membuka kedai di dalam shopee hasil mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi.
Nama : Muhammad Haikal Hafizi Bin Mohd Redzuan
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2022 |
Latar belakang
Haikal Hafizi merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pedu. Rumahnya tidak jauh dengan PEDi Kg Musa hanya sekitar 1 kilometer sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengenali PEDi Haikal Hafizi belajar di rumah dengan pantauan ibunya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Haikal Hafizi mula aktif dengan aktiviti PEDi Kg Musa apabila ibunya mendaftarkan dirinya untuk menghadiri kelas E-Tuisyen memandangkan sekolah belajar melalui PDPR, jadi banyak masanya terluang di rumah hanya bermain “games”. Untuk mengelakkan dirinya sentiasa bermain “games” ibunya telah mendaftarkan dirinya untuk mengikuti tuisyen sains dan matematik setiap bulan. Setelah mengikuti kelas beberapa bulan, kini perubahan dirinya dalam akademik semakin menonjol.
Nama : Asfa Darwisy Bin Muhd Asyraf
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2022 |
Latarbelakang
Asfa Darwisy merupakan anak sulung daripada 2 adik beradik. Pelajar Tingkatan 2 di SMK Pedu, aktif dalam aktiviti berpersatuan. Hobinya suka menonton animasi serta mengumpul koleksianimasi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Asfa Darwisy hanya tahu menggunakan komputer secara asas yang telah diajar dalam subjek Teknologi Maklumat di sekolah. Menaip keyboard menggunakan satu jari untuk menekan kesemua huruf dan nombor. Tidak berminat untuk bermain computer kerana merasakan susah untuk dipelajari.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Ibu Asfa Darwisy datang untuk bertanya jika terdapat kelas computer yang dapat anaknya pelajari. Bermulalah perjalanan Asfa Darwisy dalam mempelajari asas teknologi maklumat dan computer bersama petugas PEDi. Pada mulanya Asfa Darwisy hanya boleh menaip 5 hingga 10 perkataan dalam seminit menggunakan keyboard tetapi kejayaannya setelah 5 bulan lebih memasuki kelas yang diajar telah membolehkan Asfa Darwisy mencapai 25-30 patah perkataan dalam seminit menggunakan Keyboard. Asfa Darwisy juga telah boleh menaip dengan sendiri dengan menggunakan Microsoft Office Word, Powerpoint dan Publisher. Asfa Darwisy juga boleh membuat kerja sekolah sendiri seperti mencari maklumat untuk dimasukkan dalam karangan atau mengambil gambar daripada Google. Asfa Darwisy juga boleh membuka Whatsapp Web dengan sendiri setelah diajar oleh petugas cara menggunakannya.
Nama : Norafika Binti Abdul Razak
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2020 |
Latar belakang
Rafika merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam iaitu UiTM Shah Alam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Rafika merupakan seorang pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman dan sekitar kawasan rumahnya sukar untuk mendapatkan talian telefon dan internet yang baik. Dia selalu mengalami kesukaran untuk belajar dan mencari bahan pengajian semenjak pandemic covid-19 melanda negara memandangkan dia belajar secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Rafik mula mengenali PEDi Kg Musa melalui facebook PEDi. Dia awalnya hadir untuk fotokopi dan cetakan sahaja. Kemudian hari, dia mula mendaftarkan diri menjadi ahli untuk menggunakan komputer dan internet yang terdapat disini bagi tujuan kelas atas taliannya. Sejak itu, setiap hari dia akan hadir. Malahan, PEDi ini juga sesuai untuknya belajar kerana terdapat bilik latihan yang selesa dan memudahkan dirinya untuk membuat video dan lain-lain.