Ramai sejarawan yang menganggap negeri Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. Hasil penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Antara contoh alatan yang dijumpai termasuklah bahan untuk aktiviti bercucuk tanam. Daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka meneruskan hidup dengan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.
(Sumber :http/portal.kedah.gov.my/kerajaan/profil-negeri)
Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia , bersempadan dengan negara Thailand. Malahan, negeri ini mempunyai 12 daerah dan 133 mukim. statistik mendapati terdapat kira-kira 2,044,188 orang jumlah penduduknya. Maklumat ini diperolehi melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah iaitu kira – kira 14.39 % yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. (Sumber : Majlis Daerah Padang Terap)
Kampung Musa terletak di dalam Mukim Pedu daerah Padang Terap di negeri Kedah Darul Aman. Jarak dari ibu negeri Kedah iaitu Bandaraya Alor Star ke Kampung Musa adalah sejauh 43 kilometer. Perjalanan dari Alor Star ke Kampung Musa perlu melalui tiga (3) buah pekan terlebih dahulu iaitu Pekan Langgar, Pekan Pokok Sena dan Pekan Kuala Nerang. Dari Pekan Kuala Nerang ke Kampung Musa akan melalui jalan Pedu yang menghubungkan Pekan Kuala Nerang ke Ampangan Pedu. Kedudukkannya ialah di km 43 sehingga km 45 dan jarak dari Pekan Kuala Nerang ke Kampung Musa adalah sejauh 12 km. Jalan ini juga boleh dilalui untuk ke Pusat Peranginan di Tasek Pedu iaitu jaraknya sekitar 37km dari Kampung Musa. Populasi penduduk yang ada di Kampung Musa adalah seramai 1317 orang sehinga tahun 2023.
(1.0 : Peta Daerah Padang Terap)
BARISAN KEPIMPINAN
YB TUAN NURUL AMIN BIN HAMID
Kawasan (P007) : Padang Terap
YB HAJI MOHD RADZI BIN MD AMIN
Kawasan (N.08 ) : Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu
Di Kampung Musa telah dibuka sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) pada tahun 2016. NADI ini mula beroperasi untuk kegunaan komuniti pada tarikh 21 June 2016 sehingga kini. Keahlian yang ada sehingga kini adalah seramai 542 orang sehingga April 2024. Lokasi NADI Kampung Musa ini terletak di latlong 6.2295823,100.6641028.