Tarikh : 19 April 2021 (Isnin)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Musa
Peserta : 2 Orang Peserta

Tujuan

Mesyuarat atas talian untuk pembantu makmal gred N19.

Aktiviti

2 orang pembantu makmal menggunakan "zoom meet" untuk menghadiri mesyuarat secara atas talian.

Gambar Disini

Tarikh : 06 April 2021 - 8 April 2021 (Selasa, Rabu, Khamis)
Masa : 10.00 Pagi - 2.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Musa
Peserta : 9  Orang Penolong Pengurus Kluster Padang Terap

Tujuan

Petugas Pusat Internet Komuniti ditugaskan untuk membuat Facebook Live berkenaan sesuatu tajuk untuk dikongsikan kepada umum bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kendiri dalam melakukan sesuatu pengurusan rasmi.

Aktiviti 

Sepanjang aktiviti bermula 1 April 2021 sehingga 08 April 2021 Pengurus dan Penolong Pengurus berkongsi pelbagai info yang berguna kepada umum, antaranya adalah SSM, Poster My Wall, Resepi Masakan, Pendaftaran Vaksin - My Sejahtera, Hardware Komputer, MyTNB, Cara Mendaftar Akaun Gmail dan banyak lagi.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Pekan Naka
Peserta : 9  Orang Penolong Pengurus

Tujuan

Mesyuarat ini membincangkan mengenai program tentang "Facebook Live" yang akan di buat oleh petugas PIK.

Aktiviti

Mempelajar teknik "Facebook Live" yang akan di guna dan tajuk-tajuk yang dipilih oleh setiap petugas.

Gambar Disini

Tarikh : 01 April 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi - 10.30 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Musa
Peserta : 9  Orang Pengurus Kluster Padang Terap

Tujuan

"Facebook Live" ini di buat bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh "MyTnb" portal.

Aktiviti

Antara maklumat yang telah di sampaikan oleh Pengurus PIK Kg Musa jika tiada penghantaran bil secara manual di rumah, kita semua boleh mendapatkannya secara atas talian. Malahan, melalui portal tersebut juga boleh membuat pembayaran bil dengan lebih mudah dan cepat.

Gambar Disini

 

Tarikh : 04 Mac 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta : 9  Orang Pengurus, 2 Orang Wakil Msd

Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan mengenai aktiviti kluster sepanjang bulan Mac.

Aktiviti

Pengurus Kluster bersama Region Manager membincangkan mengenai program yang akan diadakan oleh setiap PIK sepanjang bulan Mac 2021. Pelbagai idea menarik yang diberikan oleh setiap pengurus untuk kelancaran PIK masing-masing.

Gambar Disini