Tarikh :19 Februari 2020 (Rabu)
Masa :3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi :Perpustakaan Desa Masjid Kg Padang Nyior
Peserta :52 orang (Pelajar Ting 2,3,4)

Tujuan

Kesedaran Gejala Pergaulan Bebas bersama pihak LPPKN, kesedaran penggunaan internet dengan berhemah bersama Pusat Internet Kluster Padang Terap.

Aktiviti 

Taklimat dan kuiz dari pihak LPPKN, Pusat Internet Kluster Padang Terap.

Gambar Disini

Tarikh :14 Februari 2020 (Jumaat)
Masa :4.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi :Kampung Kubang Bemban
Peserta :30 Peserta

Tujuan

Pemeriksaan kesihatan ini merupakan salah satu langkah yang dijalankan oleh PI sebagai wakil Kospen untuk komuniti setempat.

Aktiviti

Pada awal majlis peserta membaca yassin terlebih dahulu. Setelah siap bacaan yasin kesemua peserta di jemput untuk membuat saringan kesihatan oleh wakil Pusat Internet Kluster Padang Terap. Seramai 30 orang peserta telah membuat saringan kesihatan iaitu pemeriksaan darah, gula dan juga semakan BMI.

Gambar Disini

Tarikh :06 Februari 2020 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi :Pusat Internet Pekan Naka
Peserta :7 Peserta

Tujuan

Mesyuarat bulanan kluster ini bertujuan membincangkan mengenai program yang bakal dilaksanakan pada bulan tersebut.

Aktiviti

Kesemua pengurus membincangkan mengenai permasalahan yang ada dan membuat perancangan tentang program kluster untuk bulan Februari ini.

Gambar Disini

Tarikh :13 Februari 2020 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kampung Musa
Peserta :10 Peserta

Tujuan

Bengkel ini bertujuan mengajar kepada ahli kemahiran memasak makanan iaitu sushi.

Aktiviti

Peserta di ajar membuat makanan korea iaitu sushi. Disamping dapat menambah ilmu dalam bidang masakan peserta juga dapat menjana pendapatan tambahan dengan menjual sushi pada masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh :30 Januari 2020 (Khamis)
Masa :9.30 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta :11 Peserta

Tujuan

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai "Kospen" yang di jalankan di Pusat Internet.

Aktiviti

Penolong Pengurus seramai 11 orang di beri taklimat dan praktikal oleh Kementerian Kesihatan Daerah Padang Terap cara memeriksa tekanan darah, BMI, glukos dalam darah dan di beri ilmu mengenai penyakit tidak berjangkit. Selain itu, taklimat mengenai pakar pemakanan turut diberikan kepada peserta program.

Gambar Disini