Tarikh  :19 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 30 Peserta

Tujuan

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan cara memulakan perniagaan kepada peserta yang baru ingin menceburi bidang perniagaan.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan teliti oleh wakil MDEC. Peserta juga di ajar cara menggunakan media sosial bagi menjalankan perniagaan supaya mudah untuk membuat promosi dan jualan.

Gambar Disini

Tarikh  :13 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Musa
Peserta : 3 Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Tingkatan 5 menyiapkan kerja kursus perniagaan.

Aktiviti

Pelajar di ajar membuat copy paste dan membuat jadual dengan betul dan kemas. Mereka juga di ajar cara menghasilkan kerja kursus dengan kemas dan teratur.

Gambar Disini

Tarikh 01 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Dewan Orang Ramai Keda Kg Belukar
Peserta : 50 Peserta

Tujuan

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkenaan dengan penggunaan internet masa kini dan juga perubahan siaran televisyen yang bakal berubah.

Aktiviti

Talimat KDB berserta kuiz mengenai penyalahgunaan internet. Selain itu, komuniti juga didedahkan mengenai penggunaan rekoder mytv untuk televisyen. Kini, siaran televisyen tengah membuat perubahan dengan menukar kesemua siaran daripada sistem analog kepada digital yang lebih efektif.

Gambar Disini

Tarikh  :08 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Musa
Peserta : 1 Peserta

Tujuan

Membantu pelajar membuat pendaftaran kemasukkan untuk menyambung pengajian.

Aktiviti

Peserta di ajar memilih kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan SPM yang diperolehi.

Gambar Disini

Tarikh 27 June 2019 (Khamis)
Masa : 12.00 Tengahari - 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tanjung
Peserta : 9 Pengurus PI dan DRM Kedah

Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan menilai pencapaian setiap Pusat Internet untuk kuater kedua.

Aktiviti

Perbincangan DRM bersama Pengurus mengenai Pusat Internet terkini. Selain itu, DRM juga membuat penilaian terhadap pencapaian setiap pusat internet sama ada telah mencapai KPI atau tidak untuk kuater tersebut.

Gambar Disini