Nama : Rohana Binti Abdul Hamid

 

Umur : 47 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Saya menjadi ahli PEDi Kg Musa pada usia 46 tahun. Pada awalnya saya ke PEDi hanya untuk menggunakan internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya. Saya merupakan pelajar diploma yang menuntut secara pengajian jarak jauh.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Sebelum adanya penubuhan PEDi jikalau saya ingin membuat kerja yang menggunakan komputer saya perlu ke “cybercafé” di pusat bandar iaitu Pekan Kuala Nerang. Namun untuk ke sana ianya agak jauh dan kos untuk saya membayar harga selama sejam pengguaan komputer atau internet juga agak mahal berbanding saya menggunakan PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa pada tahun 2016 banyak ilmu dan manfaat yang dapat saya perolehi melaluinya. Antaranya, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk menyiapakan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer. Malahan di PEDi juga adanya petugas yang banyak membantu saya dalam penggunaan miscrosoft office. Jika dahulu banyak yang saya tidak pandai penggunaanya, kini semakin hari saya mulai tahu cara penggunaanya.