Tarikh :24 September 2023 (Ahad)
Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada ahli untuk menggunakan aplikasi excel bagi memudahkan pengiraan data secara auto.

Aktiviti

Peserta di ajar untuk mengira data perniagaan dengan menggunakan excel. Segala data dimasukkan ke dalam sistem yang telah mengandungi rumus bagi tujuan pengiraan secara mudah dan pantas.

Gambar Disini

Tarikh :21 September 2023 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :PEDi Belimbing Kanan
Peserta : 10 Orang Pengurus PEDi

Tujuan

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan petugas baharu PEDi Kg Tanjung serta mengenali petugas RD yang baharu juga. Selain itu, diselitkan juga perbincangan mengenai program Taklimat Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Pengurus membincangkan mengenai program Taklimat Klik Dengan Bijak yang akan diadakan pada hari Rabu 27 September 2023 di S.K Bukit Payong. Perbincangan seterusnya, mengenai program Pembukaan Booth Maalud Bukit Tembaga pada hari Maulidur Rasul iaitu 28 September 2023,Khamis.

Gambar Disini

Tarikh :07 September 2023 (Khamis)
Masa :3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi :Zoom Meet
Peserta : Kesemua Pengurus PEDi Negeri Kedah

Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan mengenai operasi PEDi bersama DRM Kedah dengan Pengurus PEDi seluruh Negeri Kedah.

Aktiviti

Antara intipati mesyuarat ialah pengurusan PEDi yang efisien, laporan dan dokumentasi, kebersihan dan keceriaan seluruh kawasan PEDi, kemaskini Portal dan Facebook PEDi berkala, program promosi atau keahlian PEDi, kemasukkan petugas RD, bil utiliti TNB & Sada, maintenance PEDi, dan E-Tuisyen.

Gambar Disini

Tarikh :14 September 2023 (Khamis)
Masa :2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli menyiapkan kerja kursus subjek Perniagaan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

Aktiviti

Kesemua peserta di ajar membuat kotak untuk memasukkan data ke dalam kotak tersebut. Mereka juga di ajar menggunakan spacing dengan betul supaya kerja kursus mereka menjadi teratur dan kemas. Gambar yang ingin digunakan didapati melalui google dengan teknik copy dan paste.

Gambar Disini

Tarikh :02 September 2023 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi kemahiran menaip untuk peserta.

Aktiviti

Peserta diberikan tugasan menaip ayat untuk menilai tahap kemahiran yang dimiliki olehnya. Pada asalnya peserta menaip dengan agak perlahan tetapi setelah dibuat berulang kali dia berjaya menghabiskan ayat dalam masa yang ditetapkan.

Gambar Disini