Tarikh | :11 Disember 2023 (Isnin) |
Masa | :10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | :PEDi Kampung Musa |
Peserta | : Seorang Peserta |
Tujuan
Peserta di ajar untuk memuat naik aplikasi touch n go terlebih dahulu dengan menggunakan playstore bagi permohonan e wallet EMadani. Ini merupakan insentif kerajaan dalam membantu rakyat dengan memberi bantuan sebanyak RM100 kepada penerima berumur 21 tahun ke atas yang layak.
Aktiviti
Setelah muat naik aplikasi ke dalam telefon pintar peserta di ajar membuat pendaftaran akaun touch n go. Setelah berjaya membuat pengesahan akaun keseluruhan dengan tangkapan kad pengenalan dan juga gambar selfie peserta boleh terus membuat tuntutan EMadani. Emadani terus akan memproses permohonan dan berjaya mendapatkan RM100 yang boleh dibelanjakan di kesemua kedai barangan yang mempunyai QR duitnow.
Tarikh | :7 Disember 2023 (Khamis) |
Masa | :9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :SMK Padang Terap |
Peserta | :100 Orang Peserta |
Tujuan
Program Karnival Keusahawanan ini merupakan program kerjasama pihak SMK Padang Terap bersama-sama agensi yang di jemput. Antara agensi yang terlibat ialah pihak KWSP, PEDi Kluster Padang Terap, Perpustakaan Desa, Bomba dan lain-lain.
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan ialah pihak PEDi membuat pameran dan promosi PEDi serta kuiz ICT. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti program. Pelajar yang mengikuti acara dan menang akan diberikan hadiah sebagai cenderamata.
Tarikh | :29 November 2023 (Rabu) |
Masa | :9.00 Pagi - 6.00 Petang |
Lokasi | :PICC Putrajaya |
Peserta | : 1000 Orang Peserta |
Tujuan
Persidangan ini bertujuan menganugerahkan kepada PEDi yang tercalon dalam beberapa kategori. Persidangan ini juga merupakan program MCMC bersama kementerian Komunikasi Digital bersama PEDi seluruh Malaysia.
Aktiviti
Pelbagai kategori anugerah telah dipertandingkan. Antaranya, Pengurus Terbaik Wilayah, Penolong Pengurus Terbaik Wilayah, PEDi Terbaik dan juga Usahawan Terbaik Wilayah Utara. PEDi Kg Musa telah memenangi tempat pertama kategori usahawan terbaik PEDi Wilayah Utara dan memenangi wang tunai sebanyak RM 5000.00. Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tarikh | :2 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | :PEDi Kampung Musa |
Peserta | : 2 Orang Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Tingkatan 3 untuk mengemaskini data murid ke dalam sistem public.moe.gov.my. Tujuan kemaskini ini dilakukan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk pelajar sekolah sebanyak RM150.
Aktiviti
Peserta di ajar membuat lupa kata laluan terlebih dahulu kerana kata laluan yang lama untuk log masuk ke sistem dalam telah tiada. Lupa kata laluan dibuat dengan menggunakan padanan anak bagi memudahkan urusan membuat kata laluan yang baru. Akaun untuk memasuki sistem ini menggunakan ID ibu atau bapa pelajar. Setelah berjaya membuat pendaftaran kata laluan yang baru mereka di ajar untuk log masuk dan membuat kemaskini ke semua bahagian yang diperlukan sehingga selesai perakuan.
Tarikh | :22 November 2023 (Rabu) |
Masa | :10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Dewan S.K Bukit Tampoi |
Peserta | : 100 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama pihak PEDi Kluster Padang Terap bersama-sama dengan pihak S.K Bukit Tampoi dalam menjayakan program STEM IOT dan juga Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang program berlangsung ialah Taklimat Klik Dengan Bijak disampaikan oleh Puan Wan Suriyani wakil Kluster PadangTerap. Taklimat yang disampaikan berkaitan dengan buli siber dan juga oversharing. Selain itu, turut diselitkan kuiz spontan berkenaan dengan tajuk taklimat kepada para pelajar. Sebelum pengakhiran majlis, pihak PEDi memberi tugasan kepada pelajar untuk membuat pembentangan kertas kerja iaitu soft skill dan juga STEM IOT yang bertajuk hologram.