Nama :Mohamad Shauqi Bin Ahmad Shahabudin

 

Umur :12 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Saya menjadi ahli PEDi petugas PEDi Kampung Musa di sekolah saya pada bulan ogos 2016. Melalui taklimat tersebut petugas menerangkan tentang fungsi dan kelebihan Pusat Internet yang menarik perhatian saya untuk berkunjung ke sana.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum saya mengetahui PEDi Kampung Musa, saya hanya mempelajari computer di pusat ICT sekolah dengan jadual waktu yang telah ditetapkan. Masa yang agak terhad untuk mengetahui fungsi-fungsi computer dan cara penggunaanya. Pada ketika itu juga saya perlu melakukan folio sivik kewarganegaraan. Bahan rujukan saya hanya ambil dari buku teks itu sendiri, majalah dan surat khabar. Saya tidak tahu untuk menggunakan internet mencari bahan walaupun sudah belajar bagaimana hendak melakukannya kerana waktu yang sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, selepas saya mengetahui akan kewujudan PEDi serta kemudahan yang diberikan, saya mula berkunjung untuk belajar mempelajari computer dan cara-cara penggunaan internet. Saya berkunjung pada mulanya bersama kakak saya untuk mencari bahan rujukan. Pada masa itu juga, kelas microsft office sedang dilakukan oleh petugas PEDi Kampung Musa, saya masuk ke kelas tersebut untuk menambah lagi ilmu yang sedia ada. Sekarang, saya sudah boleh membuat folio sendiri menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint untuk meletakkan gambar serta menulis muka hadapan folio dengan sendirinya. Petugas juga mengajar saya menggunakan internet dengan betul dan menggunakannya secara berfaedah.

Nama :Shahida Binti Md Shaari

 

Umur :40 Tahun

 

Ahli : 2017

 Latar Belakang

Puan Nur Shahida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Dia tidak bekerja dengan itu dia mencari sumber pendapatan tambahan melalui menjual kerepek pisang, dan juga makanan lain. 

Sebelum Penggunaan ICT

Puan Shahida hanya berniga secara kecil-kecilan secara terus dari rumah sahaja.Dia hanya menunggu pelanggan datang ke rumahnya bagi mencari produknya. Namun, situasi ini berubah setelah dia melibatkan diri dengan Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Shahida mengenali pusat internet melalui program yang pusat internet jalankan sekitar daerah padang terap. Pn Shahida mengetahui tentang kelebihan yang ada pada pusat internet dalam membantu beliau memajukan lagi bidang perniagaannya. Pn Shahida sering datang ke pusat internet untuk belajar menggunakan media sosial untuk beliau memasarkan produk dan mencari tempahan makanannya. 

 

Nama : Syuhaidawati Binti Wahab

 

Umur : 32 Tahun

 

Ahli : 2017

 Latar Belakang

Pn Syuhaidawati atau Pn Ida merupakan seorang usahawan dari Kampung Musa. Beliau telah memulakan usaha menjadi ejen Tupperware brands pada awal tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Beliau hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa sebelum ini dan membantu perniagaan suaminya iaitu bengkel besi. Beliau merasakan ada peluang untuk beliau sendiri memulakan perniagaan. Beliau menyertai satu produk yang terkenal bagi kaum wanita iaitu Tupperware, dari situ beliau menjana pendapatan untuk keluarganya. Setelah terlibat dengan Tupperware brands, beliau hanya mengadakan homeparty kepada penduduk kampung sekitar untuk memperkenalkan produk Tupperware. Beliau mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook, tetapi pn ida tidak pandai untuk menarik pembeli untuk membeli produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau menjadi ahli PI1M Kg Musa pada tahun 2017. Beliau sering datang untuk menggunakan perkhidmatan internet serta perkhidmatan lain. Dengan bantuan petugas, kini beliau telah pandai untuk mempromosikan produk-produknya ke laman sosial Facebook. Beliau juga sering memuat naik produknya ke dalam portal Dashboard iaitu My Shop. Ini memudahkannya untuk proses pengiklanan.

 

Nama : Nurul Farhanem Binti Mohamad Fouzi

 

Umur :29 Tahun

 

Ahli : 2016

 Latar Belakang

Cik Farhanem merupakan seorang wanita yang hanya bekerja sendiri bagi menjana pendapatannya. Dia melihat bidang pekerjaan pada masa kini terlalu sukar untuk dia peroleh, kemudian dia mengambil inisiatif dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

Sebelum Penglibatan PI1M

 

Dia memulakan perniagaan hanya di rumah sahaja pada awalnya, setelah dia mendapat modal lebih dia mula membuka kedai sendiri. Perniagaan yang di jalankan olehnya meliputi jualan tudung, shawl, inner, banner, streamer, tempahan kad kahwin dan lain-lain.Dia berminat untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet apabila dia diberi pendedahan mengenai SKMM dan MSD yang banyak memberi peluang kepada ushawan tempatan untuk meluaskan perniagaan mereka.. Justeru, dia mengambil peluang ini sebagai platform untuk dia melangkah terus ke hadapan dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun, kini setelah dia menjadi ahli Pusat Internet Cik Farhanem lebih suka mengemas kini produknya di dalam portal dashboard iaitu My Shop. Banyak produk-produknya telah dimasukkan ke dalam portal ini. Ini memudahkan dia untuk proses pengiklanannya. Internet di Pusat Internet juga membantu dia mencari peluang untuk memperluaskan bidang perniagaannya.

 

Nama : Nur Shafinas Binti Shahbudin

 

Umur : 16 Tahun

 

Ahli : 2016

 

 Latar Belakang

Saya menjadi ahli PEDi Kg Musa pada usia 15 tahun. Pada awalnya saya ke PEDi hanya untuk menggunakan internet bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru Sains Tingkatan 3. Hal ini kerana di rumah saya tiada kemudahan laptop atau netbook yang memudahkan saya untuk melakukan proses menaip kesemua data.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum adanya penubuhan PEDi jikalau saya ingin membuat kerja yang menggunakan komputer saya perlu ke “cybercafé” di hadapan PEDi sekarang . Tetapi harga yang ditawarkan terlalu mahal untuk menggunakanya menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Alternatif lain yang saya gunakan ialah menggunakan komputer di makmal komputer sekolah, terdapat kesukaran waktu untuk saya menggunakannya di sekolah kerana hanya dibernarkan pada waktu rehat.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa pada tahun 2016 banyak ilmu dan manfaat yang dapat saya perolehi melaluinya. Antaranya, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk menyiapakan kerja sekolah yang memerlukan penggunaan computer. Pusat Internet ini terletak di dalam kampung dan ianya banyak memberi manfaat kepada komuniti. Di sini terdapat pelbagai kemudahan sampingan iaitu wifi komuniti, laminate, binding, cetakan dan fototat. Harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di kedai biasa. Di sini juga pelbagai kelas yang dapat saya ikuti seperti kelas Bahasa Melayu, Matematik, tutorial dan pelbagai aktiviti menarik seperti Hari Dashboard yang turut saya ikuti.

 

 

Sub-kategori