Nama : Muhammad Afif Irfan Bin Shahrin Umur : 15 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Saya menjadi ahli PEDi Kg Musa pada usia 14 tahun. Pada awalnya saya ke PEDi hanya untuk menggunakan internet bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru Sains Tingkatan 2. Hal ini kerana di rumah saya tiada kemudahan laptop atau netbook yang memudahkan saya untuk melakukan proses menaip kesemua data.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum adanya penubuhan PEDi jikalau saya ingin membuat kerja yang menggunakan computer saya perlu ke “cybercafé” di pusat bandar iaitu Pekan Kuala Nerang. Namun untuk ke sana ianya agak jauh dan memerlukan saya menaiki bas. Adakalanya kesukaran untuk mendapat perkhidmatan bas kerana kebanyakan penduduk di sini ramainya menngunakan kenderaan sendiri untuk keluar ke bandar. Jadi ianya,menyukarkan saya untuk bergerak ke cybercafé.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa pada tahun 2016 banyak ilmu dan manfaat yang dapat saya perolehi melaluinya. Antaranya, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk menyiapakan kerja sekolah yang memerlukan penggunaan computer. PEDi ini terletak di dalam kampung dan ianya banyak memberi manfaat kepada komuniti. Di sini terdapat pelbagai kemudahan sampingan iaitu wifi komuniti, laminate, binding, cetakan dan fototat. Harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di kedai biasa. Di sini juga pelbagai kelas yang dapat saya ikuti seperti kelas Bahasa Melayu, Matematik, tutorial dan pelbagai aktiviti menarik seperti Hari Dashboard yang turut saya ikuti.
Nama : Encik Abdul Wahab Bin Abdullah Umur : 58 Ahli : 2017
|
En. Abdul Wahab merupakan seorang usahawan dari Kampung Padang Setol. Beliau telah memulakan usaha melakukan sawah gemilang ini pada tahun 2014. Beliau adalah salah seorang usahawan yang melakukan sawah gemilang antara 9 orang yang terpilih oleh Pejabat pertanian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Penggunaan media sosial En. Abdul Wahab hanyalah sebagai wadah untuk mencari rakan dan berkongsi gambar kenangan bersama rakan-rakannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Bulan Januari 2017, beliau datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kampung Musa untuk bertanyakan jika PI1M menyediakan khidmat membuat rancangan perniagaan. En. Abdul Wahab ingin membuat rancangan perniagaan untuk memperbesarkan aliran air sawah padinya. Petugas membuat rancangan perniagaannya beserta dengan kelas untuk beliau supaya di kemudian hari beliau sudah mempunyai sedikit ilmu untuk membuat rancangan perniagaannya sendiri. Beliau juga sering menggunakan pi1m untuk mencari maklumat tentang sawah gemilang.
http://kgmusa.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId83906bc358
Nama : Aiman Haziq Bin Mohd Nariza Umur : 10 tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Adik Aiman Haziq merupakan pelajar Sekolah Rendah yang kini sudah tahu menggunakan computer secara asas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum adanya penubuhan PEDi saya kerap ke cybercafé yang terletak berdekatan dengan pusat internet Kg Musa ini untuk bermain games sahaja. Masa saya yang terluang banyak dihabiskan untuk perkara yang tidak bermanfaat bila mana saya tidak langsung tahu menggunakan google chrome untuk mencari bahan tambahan untuk persekolahan saya. Malahan, saya langsung tidak tahu menggunakan miscrosoft office pada awalnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa banyak ilmu yang saya perolehi setelah saya mengikuti kursus yang dijalankan oleh petugas PEDi. Misalnya, sebelum ini saya tidak pandai menggunakan internet dalam pencarian namun sekarang dengan adanya PEDi banyak bahan tambahan yang saya dapat perolehi melalui internet. Sekarang masa saya lebih banyak dihabiskan di PEDi bagi membuat kerja sekolah, menggunakan internet untuk menonton youtube dan menghadiri kelas yang selalu dijalankan oleh petugas. Di samping itu, setelah mengikuti banyak sesi kelas computer kini saya telah mahir membuat kerja menggunakan miscrosoft word, powerpoint dan lain-lain.
http://kgmusa.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId77f6488ce8
Nama : Puan Nur Shawani Binti Che Mansur
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016 |
Latar belakang
Puan Nur Shawani merupakan seorang wanita yang hanya suri rumah tangga. Dia mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan kemahirannya dalam bidang mekap. Puan Shawani menyediakan perkhidmatan mekap pengantin, tuning dan lain-lain acara yang ingin dihadiri oleh pelangganya. Sebelum wujudnya Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa Puan Shawani lebih gemar menggunakan rumhanya sebagai tempat untuk mengajar mekap kepada pelanggannya yang ingin mempelajari asas mekap. Namun, apabila dia menggunakan rumahnya terdapat kekangan tempat di mana ianya agak sempit dan menyukarkan pelanggannya untuk keselesaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun, kini setelah dia menjadi ahli Pusat Internet Puan Shawani lebih gemar mengadaka sesi mekapnya di Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa. Di sini, dia mendapatkan tempat yang lagi mudah untuk mengajar pelanggannya secara langsung dengan adanya kemudahan bilik training.
http://kgmusa.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeIdedacf59950