Tarikh | :24 Ogos 2024 (Sabtu) |
Masa | :9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | :Seorang Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar ahli menggunakan komputer untuk membuat jadual kelas untuk pembelajarannya.
Aktiviti
Peserta di ajar menggunakan microsoft word untuk membuat jadual kelas. Dia di ajar membuat kotak dan memilih saiz yang bersesuaian untuk mencantikkan jadual yang dihasilkan. Ini memberikan kemahiran tambahan untuk dirinya mahir menggunakan ICT.
Tarikh | :22 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | :10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : 6 Orang Pengurus NADI |
Tujuan
Pengurus menghadiri mesyuarat bersama dengan DRM Negeri Kedah untuk membincangkan mengenai KPI yang terkini dan sebagai perkenalan bersama dengan Pengurus baharu NADI Belimbing Kanan yang memulakan tugas pada hari ini.
Aktiviti
DRM telah menerangkan peranan dan tanggungjawab NADI yang perlu dibuat oleh petugas NADI. Petugas perlu mngemaskini data tablet dari MCMC setiap minggu dan petugas juga perlu mencari keahlian setiap bulan.
Tarikh | :12 Ogos 2024 (Isnin) |
Masa | :8.30 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | : Dewan SMK Lubuk Merbau |
Peserta | :100 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan internet pada masa kini.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung ialah taklimat Klik Dengan Bijak, aktiviti STEM Straw Bridge dan juga softskill untuk melihat keupayaan ahli kumpulan membuat pembentangan mengenai logo dan tema nama kumpulan.
Tarikh | :15 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | :2.00 Petang - 3.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : Seorang Peserta |
Tujuan
Pendaftaran perkahwinan untuk negeri Kedah dilakukan secara atas talian dengan menggunakan website sspim.gov.my.
Aktiviti
Pemohon dikehendaki mengisi kesemua butiran peribadi diri pihak pengantin lelaki dan juga maklumat bakal pengantin perempuan. Selain itu, kesemua maklumat mengenai wali yang akan menjadi wali pengantin perempuan juga perlu diisi secara keseluruhan bagi menjadikan borang tersebut lengkap dan diproses oleh pejabat agama berdekatan.
Tarikh | :4 Ogos 2024 (Ahad) |
Masa | :8.00 Pagi - 2.00 Petang |
Lokasi | : Perkarangan Pejabat Koperasi Kampung Padang Nyior (Rumah Pertanian) |
Peserta | :100 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan program kerjasama pihak NADI Kluster Padang Terap bersama dengan Perpustakaan Desa Kg Padang Nyior serta pejabat Pertanian Daerah Padang Terap dan komunit. setempat. Banyak acara yang telah di jalankan sepanjang program berlangsung.
Aktiviti
Pihak NADI telah memberikan taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak serta membuat aktiviti word search untuk komuniti yang berminat. Selain itu, terdapat juga acara mengacau bubur asyura dan juga lawatan ke tapak projek pertanian.