Tarikh :3 Mac 2024 (Ahad)
Masa :11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :Nadi Kampung Musa
Peserta : 2 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta  umur 6 tahun ke bawah untuk mengenali komputer dan memberi kemahiran berfikir bagi menghasilkan gambar yang diwarnakan secara atas talian.

Aktiviti

Peserta di ajar membuat carian gambar yang mereka minat untuk dimasukkan warna yang bersesuaian. Mereka juga di ajar untuk menggunakan mouse dan keyboard dengan betul.

Gambar Disini

 

Tarikh :29 Februari 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Tanjung
Peserta : 100 Peserta

Tujuan

Program Pemerkasaan Komuniti PEDi Kampung Tanjung ini merupakan program kolobrasi bersama MCMC Utara dan PEDi Kluster Padang Terap. Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan jurang ICT antara komuniti dan PEDi.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pertandingan gulai kawah antara 4 kampung dipertandingkan. Selain itu, jualan daripada Adabi, jualan Rahmah, pameran agensi, dan lain-lain lagi agensi kerajaan termasuklah DOSM,KWSP dan PTPTN. Banyak kemudahan disediakan untuk komuniti setempat bagi memudahkan urusan dengan pejabat kerajaan.

Gambar Disini

Tarikh :18 Februari 2024 (Ahad)
Masa :9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas STEM ini bertujuan memberi kreativiti kepada peserta untuk menghasilkan wire control bagi menjadikan transitor menyalakan lampu.

Aktiviti

Peserta di ajar untuk memasang wire control bagi menghasilkan litar daripada mainan. Litar ini akan menjadikan lampu transitor menyala apabila bergerak.

Gambar Disini

Tarikh :22 Februari 2024 (Khamis)
Masa :3.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Tanjung
Peserta : 10 Peserta

Tujuan

Program ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti sempena Hari Pemerkasaan Komuniti. Program ini dilakukan lebih awal kerana untuk mencari pemenang pertandingan yang akan diumumkan pada 29 Februari 2024 nanti.

Aktiviti

Peserta yang mengikuti pertandingan ini mempunyai seramai 10 orang. Mereka diberikan masa sebanyak 10 minit bagi membalut ketupat. Peserta yang dapat membalut dengan banyak dan kemas akan dinilai dan layak untuk memenangi tempat di dalam pertandingan ini. Setelah itu, mereka juga di ajarkan mengenai ilmu perniagaan melalui shopee bagi memasarkan produk mereka ke dalam platform shopee.

Gambar Disini

 

Tarikh :15 Februari 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : 100 orang Peserta

Tujuan

Kaunter Fizikal PADU diadakan bagi memudahkan komuniti yang berdekatan PEDi Kampung Musa untuk membuat kemaskini data peribadi ke dalam sistem https://padu.gov.my yang telah dilancarkan oleh kerajaan.

Aktiviti

Sistem PADU di isikan oleh pihak DOSM dari Pejabat Perangkaan Negeri. Sistem ini memerlukan maklumat peribadi merangkumi kad pengenalan ketua isi rumah bersama-sama dengan ahli isi rumah kesemuanya. Mereka juga perlu menyediakan akaun bank untuk mengisi kesemua data dengan langkap bagi memudahkan pihak bertanggungjawab untuk kenal pasti mereka tergolong dalam golongan yang layak menerima bantuan dan insentif yang diberikan pihak kerajaan nanti.

Gambar Disini