Tarikh :4 Julai 2024 (Khamis)
Masa :4.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta : 2 Orang Peserta

Tujuan

Dalam dunia pekerjaan  memiliki resume yang menarik adalah kunci untuk mendapatkan pekerjaan impian anda. Resume yang berkesan bukan sahaja menunjukkan pencapaian akademik dan pengalaman kerja anda, tetapi juga menyerlahkan gabungan kemahiran teknikal (hard skill) dan interpersonal (soft skill). 

Aktiviti

Peserta diajar menghasilkan resume yang menarik dan terkini. Mereka juga dikehendaki membuat resume yang mampu mengagumkan majikan untuk memilih mereka ketika temuduga. Resume ini dihasilkan dengan menggunakan canva kerana banyak template yang mereka boleh gunakan dan ini memudahkan mereka.

Gambar Disini

Tarikh :1 Julai 2024 (Isnin)
Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Peserta dikehendaki mengisi semua maklumat secara atas talian bagi memudahkan proses pendaftaran kemasukan pelajar baru sesi 2024. 

Aktiviti

Peserta diajar untuk membuat semakan keputusan pengambilan UiTM. Setelah itu, dia perlu mengisi data kemasukan ke UiTM secara atas talian. Setelah selesai mengisi kesemua data peridadi ke dalam sistem yang diperlukan mereka perlu mencetak semua surat perjanjian kemasukan yang perlu di bawa semasa hari pendaftaran nanti.

Gambar Disini

Tarikh :20 June 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi :NADI Belimbing Kanan
Peserta : 20 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini merupakan kerjasama NADI Kluster Padang Terap bersama Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap serta ushawan Pes Durian. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menghasilkan pes durian yang sedap dan menarik serta halal.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat secara ringkas terlebih dahulu oleh Tuan Amin Zakariya selaku usahawan yang telah berjaya membuat rnd pes durian dan dijual di pasaran masa kini. Tuan Amin mengajar peserta untuk memasak pes durian yang boleh disimpan lama dan di packing di dalam botol. Produk pes durian ini boleh dikomersialkan dalam pasaran online dan bukan online.

Gambar Disini

Tarikh :22 June 2024 (Sabtu)
Masa :12.00 Tengahari - 1.00 Petang
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas E-Tuisyen Bahasa ENGLISH tahun 4 ini dijalankan dengan menggunakan google meet. Peserta mendaftarkan diri melalui laman web aeoneschool. Mereka boleh memilih kelas yang dijalankan sepanjang hujung minggu bersesuaian dengan umur dan masa.

Aktiviti

Guru akan memberikan pengajaran melalui google meet. Guru juga menyediakan modul untuk murid yang boleh dicetak oleh pihak NADI kepada peserta. Pelajar boleh menghadiri kelas di rumah atau di NADI kerana kelas secara atas talian selama satu jam. Guru juga akan memberi latih tubi kepada peserta.

Gambar Disini

Tarikh :13 June 2024 (Khamis)
Masa :2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :NADI Pekan Naka
Peserta : 10 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini keusahawanan merupakan suatu program yang memberi fokus kepada program untuk melahirkan usahawan dan meningkatkan kualiti usahawan yang sedia ada dengan melengkap diri melalui ilmu pengetahuan, kemahiran pengurusan perniagaan dan ciri keusahawanan supaya seseorang itu mampu menjadi usahawan yang berdaya saing dan maju.

Aktiviti

Kesemua peserta diberikan ilmu berniaga secara atas talian. Mereka di ajar menggunakan facebooks ads untuk mengiklankan produk mereka kepada pelanggan dengan mudah dan cepat. Peserta juga di ajar membuat pengiklanan dengan lebih menarik.

Gambar Disini