Tarikh :21 April 2024 (Ahad)
Masa :10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Peserta di ajar untuk membuat surat rasmi untuk guru kelas anaknya bagi memaklumkan ketidakhadiran anak jagaan ke sekolah.

Aktiviti

Peserta di ajar untuk menghasilkan surat rasmi dengan format yang betul. Surat itu akan diberikan kepada guru kelas anak jagaan kerana ingin memaklumkan kepada pidak sekolah anaknya yang kurang sihat. Surat ini dibuat dengan menggunakan gpt.

Gambar Disini

Tarikh :1 April 2024 (Isnin)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :NADI Kampung Tanjung
Peserta : 10 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini merupakan bengkel keusahawanan yang dijalankan oleh NADI untuk peserta yang menghadirinya. Kelas ini memberi kemahiran kepada peserta untuk membuat kuih raya yang boleh di jadikan sebagai sumber pendapatan suri rumah yang ingin menjana kewangan sendiri.

Aktiviti

Peserta di ajar untuk membuat dua jenis kuih raya. Peserta juga di ajar untuk memuat naik produk yang di hasilkan ke dalam whattsaps business sebagai promosi untuk jualan.

Gambar Disini

 

Tarikh :11 Mac 2024 (Isnin)
Masa :9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi :NaDi Kampung Mua
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Peserta di ajar untuk mendaftarkan prasekolah anak jagaan yang kini berumur 5 tahun dan akan memasuki prasekolah pada tahun 2025 nanti.

Aktiviti

Peserta di ajar mendaftarkan akaun pengguna terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran prasekolah anak jagaan. Setelah selesai pendaftaran akaun pengguna dengan menggunakan id dan kata laluan yang telah dibuat mereka boleh untuk log masuk dan mengisi kesemua maklumat peribadi anak jagaan.

Gambar Disini

Tarikh :29 Mac 2024 (Jumaat)
Masa :2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta : 3 Orang Peserta

Tujuan

Pendaftaran UPU dilakukan oleh pelajar lepasan tingkatan 5 yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia mereka.

Aktiviti

Pelajar ini di ajar membuat pendaftaran akaun pengguna terlebih dahulu setelah mereka berjaya membeli no pin UPU. Setelah berjaya membuat pendaftaran akaun dengan menggunakan id dan kata laluan mereka boleh untuk log masuk ke dalam dashboard UPU. Setelah itu, mereka dikehendaki mengisi maklumat peribadi diri dan keluarga. Sistem ini juga memerlukan mereka mengisi maklumat akademik yang lengkap dan terkini.

Gambar Disini

Tarikh :6 Mac 2024 (Rabu)
Masa :2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi :Nadi Felda Lubuk Merbau
Peserta : 21 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan meneroka reka bentuk tangan robotik. Pelajar merancang dan membina tangan robotik yang berfungsi dari kertas terpakai dan juga straw minuman.

 

Aktiviti

 

Pelajar bekerja dalam pasukan untuk merancang dan membina tangan robotik mereka sendiri daripada barang terpakai yang diambil dari rumah. Pelajar mepelajari konsep reka bentuk, mempelajari kerja berpasukan, memplajari teknik penyelesaian masalah, dan mengetahui mengenai mesin ringkas.

Gambar Disini